Tuesday, June 10, 2008

jenis hukuman buat wanita di akhirat


Jenis Hukuman Buat Wanita Di Akhirat

Jenis Hukuman Buat Wanita Di Akhirat....... tetapi dinasihatkan agar kaum lelaki juga tidak ketinggalan untuk membacanya kerana setiap manusia mempunyai tanggungjawab terhadap orang di bawah jagaan nya termasuklah isterinya( jika sudah berkahwin) ibu dan adik perempuannya (jika ayah sudah tiada) dan juga anak perempuannya

Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat
Rasulullah menangis maka dia datang bersama
Fatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa Rasul
menangis. Baginda menjawab, "Pada malam aku di-
isra'-kan, aku melihat perempuan-perempuan yang
sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah
sebabnya mengapa aku menangis. Kerana,
menyaksikan mereka yang sangat berat dan
mengerikan siksanya.

Puteri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang
dilihat ayahandanya. "Aku lihat ada perempuan
digantung rambutnya, otaknya mendidih.
Aku lihat perempuan digantung lidahnya,
tangannya diikat ke belakang dan
timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.
Aku lihat perempuan tergantang kedua kakinya
dengan terikat tangannya sampai ke ubun-
ubunnya, diulurkan ular dan kala jengking.

Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya
sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta
aku lihat perempuan
yang bermuka hitam, memakan tali perutnya
sendiri. Aku lihat perempuan yang telinganya
pekak dan matanya buta, dimasukkan ke
dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya
keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk
karena penyakit sopak dan kusta.

Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti babi dan
badannya seperti himar,
beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat
perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan
api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya
sementara malaikat memukulnya dengan pentung
dari api neraka," kata Nabi.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa
mereka disiksa seperti itu?

*Rasulullah menjawab, "Wahai puteriku, adapun
mereka yang tergantung rambutnya hingga
otaknya mendidih adalah
wanita yang tidak
menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki
yang bukan muhrimnya
.

*Perempuan yang digantung susunya adalah
isteri
yang 'mengotori' tempat tidurnya
.

*Perempuan yang
tergantung kedua kakinya ialah
perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia
keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan
yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.

*Perempuan yang
memakan badannya sendiri ialah
kerana ia berhias untuk lelaki yang bukan
muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.

*Perempuan yang
memotong badannya sendiri
dengan gunting api neraka kerana
ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang
kepada orang lain bersolek dan berhias supaya
kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan
muhrimnya.

*Perempuan yang
diikat kedua kaki dan tangannya
ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan
kala jengking padanya kerana
dia shalat tapi
tidak mengamalkannya dan tidak mahu mandi junub.

*Perempuan yang
kepalanya seperti babi dan
badannya seperti himar ialah
tukang umpat dan
pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing
ialah
perempuan yang suka memfitnah dan
membenci suami."

Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra
pun turut menangis.
Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan!
Nau'zubillahi min zalik...........

No comments: