Sunday, June 22, 2008
Thursday, June 12, 2008
assalamualaikum..
dia tak on9 ..
tak tahu kenapa..
pelik sungguh...
tp tak pe lah..sesungguhnya Allah lebih mengetahui..
pasti ade hikmah disebalik kejadian ..
Tuesday, June 10, 2008
petua...
PETUA IMAM SYAFIE.......
Empat perkara menguatkan badan:
1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. Kerap mandi
4. Berpakaian dari kapas
Empat perkara melemahkan badan:
1. Banyak berkelamin (bersetubuh)
2. Selalu cemas
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yang masam
Empat perkara menajamkan Mata:
1. Duduk mengadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau
4. Berpakaian bersih
Empat perkara merosakan Mata:
1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Melihat kemaluan
4. Membelakangi kiblat
Empat perkara menajamkan fikiran:
1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
3. Bercakap dengan orang soleh
EMPAT CARA TIDUR
1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit Dan bumi.
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup / tiarap seperti tidurnya ahli neraka.
Teman,
Atas tautan ukhwah
Juga atas satu dasar yang kukuh
Nan Aqidah Muslim,
Aku melayangkan warkah ini buatmu teman..
Wahai temanku an nisa
Engkau sedia maklum,
Engkaulah hiasan dunia,
Lantaran fitrah itu,
Engkau seringkali menjadi fitnah lelaki itu,
Dan sememangnya itu bukan kesalahanmu,
Tetapi itulah hakikat kejadianmu..
Wahai temanku arrijal,
Aku mengetahui kesepian hati seorang lelaki,
yang seringkali mengimpikan seorang teman di sisi,
Dan tentulah temanmu yang diimpi,
Seorang serikandi..
Wahai temanku an-nisa
Aku mengetahui halusnya perasaanmu,
Engkau ingin disayangi,
ingin dimanjai,
Engkau juga ingin menyayangi
juga ingin memanjai..
Dan aku juga tahu,
Temanmu arrijal juga begitu..
Tetapi temanku an-nisa
Ketahuilah engkau,
Bercinta itu fitrah,
Tetapi janganlah engkau cemarkannya dengan fitnah.
Kalau benar engkau mengasihinya,
kasihinya kerana Pencipta Fitrah,
Dan jika engkau benar mengasihinya
KeranaNya,
Engkau tak kan bisa,
Melunakkan soutul engkau,
Engkau tidak kan bisa,
Melemparkan panahan menggodamu,
Kerana engkau tahu,
Itu bisa menggoyahkan iman seorang arrijal!
Dan engkau mengetahui,
Dia punya 9 akal, dan 1 nafsu,
Namun nafsu itu sentiasa beraja,
Dan engkau tidakkan bisa menjadikan sang nafsu itu,
Nafsu raja yang menggila!
Kerana engkau tahu sahabatku an nisa
Dia kan terjerumus ke dalam api yang membara
Andai dia menjadi hamba raja nafsu yang gila..
Adakah benar engkau mengasihinya keranaNya?
Wahai temanku arrijal
Andai engkau mencintainya,
Cintailah ia keranaNya,
Letakkan lah Ia melebihi cintamu kepada dia,
Andai engkau mengasihinya keranaNya,
Engkau tidakkan bisa,
Mengajaknya bermukah di taman sepi,
Kerana engkau tahu,
Dia punya 9 nafsu, 1 akal,
Tetapi manakan mampu 1 akal menguasai 9 nafsu?
Andai engkau mengasihinya keranaNya,
Engkau tidakkan bisa menyentuhnya
Walaupun yang ringan-ringan,
Kerana engkau tahu,
Itu sudah MENGHAMPIRI ZINA!
Dan engkau tahu bukan ?
Zina tempatnya di api yang menjunam?
Apakah engkau benar mengasihinya,
Andai kau relakan dia terjun ke NERAKANYA?
Sahabatku an-nisa
Sahabatku arrijal
Aku mengasihimu LILLAH,
Lantaran itu,
Dengarlah sedikit pesan ikhlas ku LILLAH,
Manusia mana yang mampu hidup tanpa cinta?
Bercinta tak salah,
Tetapi letakkan cintamu kepadaNya yang hakiki,
Dan engkau kan merasa cinta manusia ..
Sedikit cuma..
Andai Dia yang engkau dahului,
Engkau takkan gelisah,
Andai dia tidak mengirim sebarang sms,
Andai suaranya tidak didengar walau teknologi di
depan mata,
Engkau tidakkan rindu,
Andai sehari tidak besua,
Engkau tidakkan kecewa andai dia terlupa
mengatakan I love you.
Kerana engkau percaya..
DIA yang terbaik..
Lantaran DIA yang terbaik
DIA akan menentukan yang terbaik untukmu,
Dan andai dia yang terbaik untukmu,
DIA akan satukan juga hatimu dengan hatinya..
Dan itulah sahaja melalui PERNIKAHAN
Dan itulah yang terbaik buat kalian
Kalau ada jodoh tak ke mana..
Yakinlah!
Apakah benar engkau meyakini takdirNya?
Maafkan aku teman,
Bicaraku penuh ketegasan,
Aku tidak membencimu,
Tetapi aku membenci mungkar itu,
Dan kerana aku takutkan api yang menjunam itu,
Aku menegur yang mana mampu,
Kerana aku takut,
Andai aku tidak menegurmu,
Kita kan sama-sama meredah lautan api,,,
yang terlalu pedih, yang terlalu seksa, yang terlalu AZAB!!!
Nauzubillah min zalik.
Sama²lah teman,
Pagarilah imanmu,
Agar si iman itu tidak terlepas,
Cintailah IA,
Kerana DIAlah penjaga iman kita..
Yakinlah dengan IA..
Serahkan segalanya pada IA..
Kerana DIA tahu yang terbaik,
Sedangkan kita tidak.
ALLAHu 'alam.
Akhirul kalam
Letakkan si DIA dalam hatimu,
Engkau akan merinduiNYA,
Andai harimu tiada ingatan kpdNYA,
Engkau akan gelisah andai DIA,
Tidak mendengar rintihanMu,
Engkau kan rindu,
Andai DIA tidak memandangmu,
Engkau kan tak keruan andai,
Doamu ditolak..
Dan itulah cinta hakiki..
Kerana engkau yakin,
Di sana adanya sebuah
Pertemuan di taman Syurga yang Indah..
Bercintalah kerana ALLAH..
Dan Engkau akan merasakan,
Erti bercinta yang sebenar,
Insya ALLAH!!akiki..
Kerana engkau yakin,
Di sana adanya sebuah
Pertemuan di taman Syurga yang Indah..
Bercintalah kerana ALLAH..
Dan Engkau akan merasakan,
Erti bercinta yang sebenar,
Insya ALLAH!!
cinta sejati
Bertepuk sebelah tangan sahaja tidak akan
berbunyi. Bercinta dengan yang tidak mencintai,
akan menyebabkan seseorang itu kecewa dan
merana . Itulah lumrahnya apabila bercinta dengan
manusia. Sebaliknya bercinta dengan Allah,Tuhan
yang Maha Pencinta atau'Al Waduud' itu, cinta
kita pasti akan berbalas. Bahkan ia diberi
penghargaan dan disambut dengan baik.
Cinta Allah yang Maha Pencinta tidak memilih
siapa, rupa, gaya dan bagaimana keadaannya.
CintaNya boleh direbut oleh sesiapa sahaja,
asalkan rajin berusaha untuknya. Cinta yang tidak
pernah luput walau sesaat malahan terus
berkekalan. Berbeza dengan manusia yang
hanyacinta pada yang disukai dan diminati.
Cintanya pula bermusim dan tidak kekal. Sewaktu
disenangi dicintai, bila jemu atau benci tidak lagi
dicintai malah ditinggalkan.
Cinta manusia juga terhad dan ada kepentingan.
Isteri cintakan suami kerana suami tempatnya
bergantung. Ibu mencintai anak kerana anak itulah
penghiburnya di kala sunyi. kawan menyayangi
kawan kerana dapat berkongsi merasai senang
dan susahnya hidup. Pengikut sayangkan ketua
kerana ketua menjadi penaungnya.
Namun Allah yang Maha Pencipta mencintai
hamba-hambanya tanpa ada kepentingan apa-apa.
Allah hanya melebihkan kecintaanNya kepada
orang-orang yang mencintaiNya, sebagai ganjaran
buat hambaNya itu.. Allah akan murka kepada
orang yang mengingkariNya, yang sombong dan
memang tidak mahu langsung mencintaiNya.
Cinta Seindah Yang Diucap.
Semua orang boleh mengaku dan berikrar bahawa
dia mencintai Allah. Tapi tindak-tanduknya dapat
mencerminkan apakah dia benar-benar
mencintaiNya. Dan Allah sendiri lebih tahu
siapakah diantara hamba-hambanya yang benar-
benar mencintaiNya. Orang yang benar-benar
mencintai Allah sanggup berbuat apa sahaja
keranaNya. Kalau terhadap orang yang dikasihi,
suami dan lain-lain diberikan perhatian dan
tumpuan, Sanggup berkorban apa sahaja, pastilah
terhadap Allah lebih-lebih lagi. Malah sanggup pula
bersusah payah bangun malam untuk bertemu dan
bercakap-cakap dengan kecintaannya. Sedang
orang lain seronok bergaul bebas dengan kekasih
hati, dia bermujahadah (melawan kehendak nafsu)
menolak ajakan kekasihnya kerana
mengutamakan larangan Allah SWT yang
kasihNya lebih utama.
Tanda Cinta.
Tanda seseorang itu mencintai Allah ialah dia
beriman kepada Allah, bertaqwa, berkorban
untukNya dengan melakukan kebajikan, sabar,
bertaubat,membantu kerja-kerja menegakkan
agama melakukan ibadah yang fardhu dan rajin
mengerjakan ibadah-ibadah sunat. Dia berkasih
sayang dengan sesama manusia dan saling
bersilaturrahim kerana Allah, dengan menjaga
batas-batasnya, saling beri-memberi kerana Allah
demi keredhaanNya. Tidak kerana yang lain.Allah
melimpahkan kecintaanNya dan menempatkan
orang-orang yang dicintaiNya itu pada kedudukan
yang tinggi dan mulia di Akhirat.
Allah isytiharkan cintaNya di dalam Al-Quran
kepada orang yang sungguh-sungguh beribadah
berbuat kebaikan danberakhlak mulia.
Diantaranya Allah berfirman:
"Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang
sabar." ( Surah: Ali Imran,Ayat:146.)
"Dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat
kebajikan." ( Surah Ali-Imran,Ayat: 134 )
"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang
bertaubat dan mencintai orang-orang yang
mensucikan diri." ( Surah: Al-Baqarah. Ayat: 222 )
Untungnya Orang Bercinta.
Beruntunglah orang yang bercinta dengan Allah
kerana mendapat perhatian,cinta dan kasih
sayangNya. Istimewanya orang yang bercinta
dengan Allah dan mendapat balasan cintaNya,
seluruh isi langit dan bumi akan turut
mencintainya. Dia menjadi kekasih Allah
manakala orang yang mencintainya turut
mendapat kecintaan daripada Allah pula. Orang
yang mendapat kecintaan Allah hidup bahagia dan
tenang ketika di dunia lagi. Di Akhirat Allah akan
berikan kebahagian yang abadi. Begitulah
istimewanya orang yang bercinta dengan Tuhan
yang Maha Pencinta itu. Kita pasti tidak mahu
gagal dalam bercinta. Agar cinta kita berbalas,
bercintalah denganNya,Tuhan yang Maha Pencinta
itu dengan curahan cinta agung. Pasti akan
mendapat balasan cinta yang istimewa dariNya.
Usahkan di Akhirat, di dunia lagi, terasa di hati
balasan cintaNya.
Rasulullah pernah bersabda :- Cintailah sesuatu itu
sekadar saja. Berkemungkinan ia akan menjadi
kebencianmu pada suatu seketika Bencilah yang
engkau benci itu sekadar saja.. berkemungkinan ia
4 orang lelaki yang ditarik wanita ke neraka

akan menarik empat
golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka.
Artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita
tetapi sebaliknya iaitu supaya kaum lelaki
memainkan peranannya dengan hak & saksama
serta berwaspada akan tanggung-jawab yang
dipikul!
1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak
memperdulikan anak-anak
perempuannya di dunia. dia tidak memberikan
segala keperluan agama
seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia
memperbiarkan anak-
anak perempuannya tidak menutup aurat.....tidak
cukup kalau dengan
hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka
dia akan ditarik ke neraka
oleh anaknya.
2. Suaminya
Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak
tanduk isterinya.
Bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri
bukan untuk suami tapi
untuk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram
apabila suami mendiam
diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak
bertangguh, puasa
tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh
isterinya.
3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab
menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-
abangnya.....jikalau mereka hanya mementing
keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar
melencong dari ajaran ISLAM ...tunggulah tarikan
adiknya di akhirat kelak.
4. Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang
ibu perihal kelakuan yg haram dari Islam,bila ibu
membuat kemungkaran pengumpat,mengata &
sebagainya maka anak itu akan disoal dan
dipertangungjawabkan di
akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka.
Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita
bukan sahaja di dunia
malah di akhirat pun tarikannya begitu
hebat ,maka kaum lelaki yang
bergelar ayah/suami/abang atau anak harus
memainkan peranan mereka.
Firman ALLAH SWT:-
"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU
SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DI
MANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH
MANUSIA,JIN DAN BATU-BATU..."
Harga seseorang muslim adalah sangat berharga.
ALLAH SWT nilaikan
seseorang muslim dengan SYURGA,semua kaum
muslim dijamin masuk syurga (sesiapa yg
mengucap kalimah tauhid) dengan itu janganlah
kita membuang atau tidak mengendah janji dan
peluang yg ALLAH SWT berikan pada kita."

