Tuesday, June 10, 2008

4 orang lelaki yang ditarik wanita ke neraka

4 Orang Lelaki Yang Ditarik Wanita Ke Neraka
Seseorang wanita itu apabila di yaumal alkhirat
akan menarik empat
golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka.


Artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita
tetapi sebaliknya iaitu supaya kaum lelaki
memainkan peranannya dengan hak & saksama
serta berwaspada akan tanggung-jawab yang
dipikul!



1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak
memperdulikan anak-anak
perempuannya di dunia. dia tidak memberikan
segala keperluan agama
seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia
memperbiarkan anak-
anak perempuannya tidak menutup aurat.....tidak
cukup kalau dengan
hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka
dia akan ditarik ke neraka
oleh anaknya.

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak
tanduk isterinya.
Bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri
bukan untuk suami tapi
untuk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram
apabila suami mendiam
diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak
bertangguh, puasa
tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh
isterinya.

3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab
menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-
abangnya.....jikalau mereka hanya mementing
keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar
melencong dari ajaran ISLAM ...tunggulah tarikan
adiknya di akhirat kelak.

4. Anak Lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang
ibu perihal kelakuan yg haram dari Islam,bila ibu
membuat kemungkaran pengumpat,mengata &
sebagainya maka anak itu akan disoal dan
dipertangungjawabkan di
akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita
bukan sahaja di dunia
malah di akhirat pun tarikannya begitu
hebat ,maka kaum lelaki yang
bergelar ayah/suami/abang atau anak harus
memainkan peranan mereka.

Firman ALLAH SWT:-

"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU
SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DI
MANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH
MANUSIA,JIN DAN BATU-BATU..."

Harga seseorang muslim adalah sangat berharga.
ALLAH SWT nilaikan
seseorang muslim dengan SYURGA,semua kaum
muslim dijamin masuk syurga (sesiapa yg
mengucap kalimah tauhid) dengan itu janganlah
kita membuang atau tidak mengendah janji dan
peluang yg ALLAH SWT berikan pada kita."

No comments: